chipmunks here
klik
Rabu, 20 Ogos 2014
Malaysia tanah Tumpah Darahku
Malaysia merupakan sebuah negara yang aman.Pada masa dahulu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu.Tanah Melayu mempunyai banyak sejarah peperangan.Tanah Melayu telah dijajah oleh Jepun dan British.Ketika peristiwa peperangan ini berlaku terdapat banyak nyawa yang terkorban.Penduduk Tanah Melayu hidup dalam keadaan kucar-kacir dan tidak tenteram.Namun dengan adanya sifat keberanian dan sifat cinta akan tanah air penduduk Tanah Melayu bersatu demi mempertahankan negara yang tercinta.Setelah sekian lama negara kita dijajah oleh penjajah,pada tanggal 31 Ogos 1957 negara kita Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.Kemerdekaan Tanah Melayu telah diisytiharkan oleh perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Perisytiharan ini merupakan satu sejarah kepada penduduk Malaysia yang dilangsungkan di Stadium Merdeka.Setelah Malaysia mendapat kemerdekaan negara Malaysia hidup dalam keadaan aman damai.Oleh kerana tarikh 31 Ogos merupakan tarikh yang bermakna kepada semua penduduk malaysia.Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos negara kita akan menyambut kemerdekaan.Semua rakyat akan menyambut tidak kira muda mahupun tua.Pada tahun ini negara kita telah merdeka selama 57 tahun.Saya sebagai rakyat malaysia berbangga kerana hidup disebuah negara yang aman dan makmur ini.TERIMA KASIH MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Rabu, 13 Ogos 2014
Langgan:
Catatan (Atom)